dear mier,

tiada apa yang menarik hari ini.cuma aku gembira.dapat menjadi dental assistant kepada cik nini.cian dia,dah lama dia pegang jawatan tu. cian dia penat ke hulu hilir..terima kaseh ya cik nini untuk segalanya,sebab mimi tak dapat nak tulis sebab2,banyak sangat. .dek kerana aku gembira,aku senyum je memanjang kat clinic cons tadi.tegur kawan2. walaupun doctor yang jaga kami agak “cOmel”  atau “messy” sikit. terlupa nak tukar glOves, terlupa nak pakai glOves pabila tukar2 patient. sesungguhnya hari hari di clinic sangat serOnok.banyak perkara baru belajar. termasuk lah macam mana nak tulis apa kat *extension sheet*.bukan bOleh main tulis je.. 😀 wee aku gembira dan bersyukur dapat merasai alam clinical ini. nanti dah masuk january,aku dan rakan2 pasti dah mula buat cOuntdOwn nak grad. iAllah. [nak letak BDS kat nametag bOleh nnt.? hee] kita pasti bertemu nanti kan mier…

***

mier,dalam gembira2 aku..tapi pabila aku sampai saje kat rumah. hati aku tiba2 sakit.tak tau nape..banyak sangat yang mungkin jadi penyebabnya. tapi ada yang satu sebab tu aku betul2 pasti. aku rindu rumah.rindu mama rindu abah rindu cik ecah rindu angah rindu ude dan rindu adik.aku rindu semua semua.susah jugak duk jauh dengan keluarga kan..lumrah hidup perantauan,beginilah. bak kata orang,orang kata bukan aku : biar berjauhan baru tahu erti rindu.

baiklah mier,aku ingin rehat kejap sebelum menyambung tugasan aku sebagai pelajar kepada Dr. Mousa. *ada exam prostho khamis ni* .oh lupa,mier tak tau kan prOsthO tu ape? ala..yang buat2 gigi palsu tu. a’ah yang tu..bukan senang tau. bak kata Dr.Mousa yang tOp 5 dalam class je bOleh ambil specialist tu~

ok.

jaga diri baik2 kat sana.

jangan lupa untuk dOakan aku tau.

p/s : dalam gambar itu adalah mama dan abah aku.yang menyibuk tu kan,sepupu aku..yang hidung nya sama dengan aku. wiii..

salam rindu,

♣mishimOshi♣

Leave a comment